:
PENGENALAN
Share:


Bermula tahun 2017 permulaan sejarah penubuhan madrasah kami. Majlis pecah tanah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Adam Said pada 12 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H, ketika kami namakan dengan Tahfiz Darul Rahman. Pembinaan bangunan bermula 15 Mei 2017 setelah 3 hari majlis pecah tanah.

Alhamdulillah.. bermula akhir tahun 2020, dijenamakan kembali dengan nama Maahad Tahfiz Darul Hadis Besut setelah kali ke 2 kunjungan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri pada Ogos 2020 selepas PKP 1.0, ia kesinambungan setelah kunjungan pertama Tuan Guru Syeikh Zainul pada September 2019.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah SWT. Tarikh bersejarah 5 Syawal 1443H bersamaan 6 Mei 2022 Jumaat yang lepas, madrasah kami di masyhurkan dengan nama Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu @ DarSA Terengganu. Majlis pemasyhuran oleh Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri, Pengasas Yayasan Darul Sajidin Malaysia (DarSA).