بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم...Selamat Datang ke Portal Rasmi DarSA Terengganu

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS DARSA TERENGGANU SESI 2026 / 1446

 

Assalamualaikum WBT.

Kami menjemput pada calon-calon yang berminat belajar di Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu.

Syarat Kelayakan :-
- Berakhlak Mulia
- Lancar Membaca Al-Quran & Berminat Menghafaz Al-Quran
- LELAKI Berusia 10 hingga 13 Tahun Sahaja
- LULUS Temuduga Tahfiz
- IBUBAPA Wajib Hadir Sama Semasa Temuduga

** Tempat Terhad Untuk 15 Orang Pelajar sahaja lagi
.
.
Sebarang pertanyaan @ permohonan pendaftaran mohon hubungi nombor telefon :-

0112-313 9991 / 017-952 5858 (Pejabat)
014-807 2888 (Ustz. Siti)

*Bagi yang berminat mohon hadir temuduga terbuka pada SABTU 25 OKTOBER 2025, jam 9 pagi hingga 6 petang. Mohon ikuti SOP yang tetapkan oleh KKM, dalam keadaan sihat & tanpa gejala sebelum menghadiri temuduga.

Mohon download & isi borang pendaftaran sebelum hadir temuduga klik disini ---> http://www.DarSA.my/daftar

LAGI

ROAD TO KHATAM 30 JUZUK

Alhamdulillah,
Dua orang anakanda kami yang sedang meniti langkah akhir dalam perjalanan penuh makna ROAD TO KHATAM AL QURAN.
Berbaki hanya 2 juzuk lagi.
Mohon titipan doa daripada semua agar Allah SWT mempermudahkan urusan mereka, meneguhkan semangat, dan memberkati setiap bacaan hingga ke penamatnya.
.

.
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita dunia & akhirat. Allahumma Aamin..
.
.
Join group Whatsapp Muhibbin DarSA Terengganu untuk dapatkan info dan maklumat madrasah kami. Klik Link dibawah :-

https://chat.whatsapp.com/DsFZAiKtvpDA07DwKihVUc

LAGI

ROAD TO SYAHADAH

Alhamdulillah, dua orang anakanda kami, Amir Farhan & Aliff Zakwan, kini sedang berjuang untuk memperoleh syahadah.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka, mengurniakan ketenangan, kekuatan, serta kejayaan yang penuh keberkatan.
Mohon doa daripada semua agar perjuangan mereka ini diberi ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
.

.
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita dunia & akhirat. Allahumma Aamin..
.
.
Join group Whatsapp Muhibbin DarSA Terengganu untuk dapatkan info dan maklumat madrasah kami. Klik Link dibawah :-

https://chat.whatsapp.com/DsFZAiKtvpDA07DwKihVUc

LAGI

PENGAJIAN KITAB FIQH SOLAT MINGGUAN

Alhamdulillah.. Pengajian kitab Fiqh Solat mingguan bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Mohammad Adzli Mansor berjalan dengan lancar hari ini. Daurah hari ini masuk dalam bab Wuduk. Ustaz Adzli antara salah seorang tenaga pengajar sukarela yang mencurahkan khidmat dan ilmunya di madrasah kami ini. Daurah mingguan ini setiap hari Khamis selepas solat asar, namun untuk minggu ini di awalkan sehari hari ini, kuliah pertama dalam tahun 2023.
.
.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf tunai bagi Dana operasi dan pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) bolehlah salurkan ke akaun bank :-
.
5630 4633 7114 (Maybank Islamic)
DARUL HADIS BESUT
.
Atau
.
1303 0001201 719 (Bank Muamalat)
DARUL HADIS BESUT

LAGI

BERBUKA PUASA SUNAT ISNIN

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak kami berbuka puasa sunat Isnin hari ini. Kami menerima beberapa ekor ayam untuk juadah oleh seorang hamba ALLAH yang budiman. Juadah berbuka disediakan oleh Team dapur DarSA Terengganu ialah Nasi Mandy Ayam. Kami juga menerima Roti John oleh seorang Hamba ALLAH yang menaja hari ini. Terima kasih banyak kepada hamba ALLAH yang sudi menaja menu berbuka puasa sunat Isnin kami hari ini.
.
.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf bagi Dana operasi dan pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) bolehlah salurkan ke akaun bank :-
.
5630 4633 7114 (Maybank Islamic)
DARUL HADIS BESUT
.
Atau
.
1303 0001201 719 (Bank Muamalat)
DARUL HADIS BESUT

LAGI

JOM MULAKAN HARI DENGAN ZIKRULLAH

Alhamdulillah.. Ayuh teman-teman, mulakan hari kita dengan Zikrullah dan Al-Quran. Sesungguhnya dengan Zikrullah, jiwa pasti akan menjadi tenang.
.
.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf bagi Dana operasi dan pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) bolehlah salurkan ke akaun bank :-
.
5630 4633 7114 (Maybank Islamic)
DARUL HADIS BESUT
.
Atau
.
1303 0001201 719 (Bank Muamalat)
DARUL HADIS BESUT

LAGI

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2023

Alhamdulillah.... Kelmarin berjalan dengan lancar pendaftaran pelajar baru tahun 2023 bagi sesi Januari walaupun dalam keadaan hujan yang agak lebat bermula Jumaat lepas di bumi Besut ini. Hari sesi taklimat dan taaruf pelajar baru bersama guru-guru serta staff madrasah. Insya-ALLAH kemasukan kedua pada sesi Mac 2023.
.
.
Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf bagi Dana operasi dan pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hadis DarSA Terengganu (MTDHDT) bolehlah salurkan ke akaun bank :-
.
5630 4633 7114 (Maybank Islamic)
DARUL HADIS BESUT
.
Atau
.
1303 0001201 719 (Bank Muamalat)
DARUL HADIS BESUT

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner